Saturday 21 January 2012

SOLAT SUNAT HAJAT (^__^)

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan kita dengan sempurna..

Pada minggu lepas ustazah telah terangkan tentang SOLAT SUNAT TAHAJJUD, ustazah berharap ada diantara kita yang dah mempraktikkan solat sunat tersebut kerana banyak ganjaran pahalanya. InsyaAllah pada hari ini ustazah akan terangkan tentang SOLAT SUNAT HAJAT pula.. ;)


SOLAT SUNAT HAJAT


Apabila timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintalah pertolongan daripada Allah dengan mendirikan Solat Sunat Hajat. Solat Hajat boleh dikerjakan pada waktu siang atau malam, pagi atau petang. Solat Hajat banyak bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukunnya tetap sama.


NIAT SOLAT SUNAT HAJAT




أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


"Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana 
Allah Ta'ala"




CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT


    1.  Niat.


    2. Pada rakaat Pertama setelah Takbiratulihram:
  • Baca doa Iftittah.
  • Al-Fatihah.
  • Baca ayat Qursi 
  • Kemudian rukuk,iktidal dan sujud seperti biasa.

    3. Pada rakaat Kedua:
  • Baca Al-Fatihah.
  • Surah Al-Ikhlas.
  • Rukuk,iktidal dan sujud seperti biasa.
  • Tahiyyat Akhir.

     4. Memberi Salam.

     5. Selesai saja solat, sujud kepada Allah dan baca tasbih ini, kemudian mintalah apa saja 
         yang kita hajatkan.. InsyaAllah Dia mendengar hajat yang kita inginkan.. :)



سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya





No comments:

Post a Comment