Saturday 21 January 2012

SOLAT SUNAT HAJAT (^__^)

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan kita dengan sempurna..

Pada minggu lepas ustazah telah terangkan tentang SOLAT SUNAT TAHAJJUD, ustazah berharap ada diantara kita yang dah mempraktikkan solat sunat tersebut kerana banyak ganjaran pahalanya. InsyaAllah pada hari ini ustazah akan terangkan tentang SOLAT SUNAT HAJAT pula.. ;)


SOLAT SUNAT HAJAT


Apabila timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintalah pertolongan daripada Allah dengan mendirikan Solat Sunat Hajat. Solat Hajat boleh dikerjakan pada waktu siang atau malam, pagi atau petang. Solat Hajat banyak bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukunnya tetap sama.


NIAT SOLAT SUNAT HAJAT




أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


"Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana 
Allah Ta'ala"




CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT HAJAT


    1.  Niat.


    2. Pada rakaat Pertama setelah Takbiratulihram:
  • Baca doa Iftittah.
  • Al-Fatihah.
  • Baca ayat Qursi 
  • Kemudian rukuk,iktidal dan sujud seperti biasa.

    3. Pada rakaat Kedua:
  • Baca Al-Fatihah.
  • Surah Al-Ikhlas.
  • Rukuk,iktidal dan sujud seperti biasa.
  • Tahiyyat Akhir.

     4. Memberi Salam.

     5. Selesai saja solat, sujud kepada Allah dan baca tasbih ini, kemudian mintalah apa saja 
         yang kita hajatkan.. InsyaAllah Dia mendengar hajat yang kita inginkan.. :)



سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya





Sunday 1 January 2012

SOLAT SUNAT TAHAJJUD (^,^)

Alhamdulillah, kita telah pun tahu tentang Takrif Solat Sunat iaitu solat dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan atau tidak dilakukan tidak mendapat dosa.

InsyaAllah pada hari ini ustazah akan masuk pada tajuk baru iaitu jenis-jenis solat sunat.
Solat sunat yang akan kita belajar pada hari ini ialah Solat Sunat Tahhajud.

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isyak sampai Subuh. Waktu utama dari satu jam sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang dua rakaat. Jadi cara melakukannya hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.



NIAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD








"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD


1. Niat.


2. Pada rakaat Pertama setelah takbiratulihram:

  • Baca doa Iftitah.
  • Al-Fatihah
  • Diikuti surah Al-Kafirun atau mana-mana surah
  • Kemudian, rukuk, iktidal & sujud seperti biasa.     

3. Pada rakaat Kedua:

  • Baca Al-Fatihah
  • Diikuti Surah Al-Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa.
  • Melakukan Tahiyat akhir.

4. Memberi Salam.


5. Memohon doa selepas Salam:

  • Mulai doa dengan memuji Allah S.W.T dan berselawat keatas nabi S.A.W.
  • Diikuti dengan hajat atau keinginan masing-masing.

Doa selepas Salam:


اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ

وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ

اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ

فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ

أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ


Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar
Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah


KAIFIAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara nya ialah:

  • Mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
  • Mendekatkan diri kepada Allah.
  • Orang yang mengerjakannya akan diberi ganjaran SYURGA insyaAllah.
  • Solat ini juga sebagai penebus kejahatan iaitu dosa-dosa lalu.
  • Dapat menghindarkan diri dari penyakit.
  • Allah memudahkan urusan hidup.