Thursday 15 December 2011

TAKRIF SOLAT SUNAT

Solat Sunat diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa. Maka Solat Sunat ini ialah solat yang dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.


Solat Sunat juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti Solat "Nafilah" atau Solat "Tathowwu".

Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.

Disamping itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.

Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.




No comments:

Post a Comment